5 Sebab Mengapa Perlu Bercuti di Forest City Marina Hotel

Entrance of Forest City Marina Hotel
Pintu masuk Forest City Marina Hotel

Pernahkah tuan puan bercuti di Forest City Marina Hotel ? Jika belum pernah dan tuan puan pun ingin nak tahu apa yang ada di Forest City Marina Hotel, jom baca catatan perjalanan kami dan ketahui 5 sebab mengapa tuan puan perlu sekurang-kurangnya sekali mengunjungi Forest City Marina Hotel.

Lokasi Forest City Marina Hotel

Forest City ni kat mana sebenarnya? Dalam hutan ke?

Sebenarnya, tuan puan jangan risau. Forest City ni nama saja forest. Tapi bukan hutan pun. Hotel ini terletak di Gelang Patah, memisahkan Johor dan Singapura. Hotel ini mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan melalui kereta dari Kuala Lumpur. Tuan Puan boleh klik link ini untuk mendapat panduan perjalanan dari Google Maps.

Image of hotel with plants at the balcony and sky at the background
Pemandangan hotel

Latar belakang Forest City

Forest City merupakan satu bandar yang dibangunkan semenjak tahun 2016 dengan kerjasama syarikat luar negara (Country Garden) dengan syarikat tempatan (Kumpulan Prasana Rakyat Johor). Bandar ini asalnya dibangunkan bagi menarik rakyat dari negara China membeli rumah di sini mengambil kira harga rumah yang melambung di negara China pada ketika tersebut.

Namun begitu, pelbagai perkara yang berlaku seperti pandemik COVID-19 dan perubahan dasar negara menjadikan ramai pembeli rumah di sini telah menjual rumah mereka, menjadikan kurang daripada 500 orang penghuni di bandar ini yang dibina untuk 700,000 penduduk.

Proses check-in

Hotel ini mempunyai 283 bilik serta terdapat ruang parkir yang banyak di aras 1 hotel. Lobi hotel ini juga agak luas dengan sofa dan meja yang banyak untuk ahli keluarga duduk berehat. Proses check-in juga pantas dan tidak banyak proses remeh temeh yang perlu dilakukan.

Hotel lobby with red sofa
Lobi yang luas dan banyak sofa untuk keluarga berehat

Restoran dan room service

Room service

Hotel ini menyediakan room service dari restoran C&M. Harga yang disediakan agak berpatutan dengan portion yang agak besar. Reviu jujur saya adalah makanan room service yang disediakan agak sedap (kalau kita bandingkan dengan makanan yang biasa-biasa dimasak di hotel).

Room service menu
Menu room service- makanan bento jepun dan minuman

Menu room service – makanan Melayu, Indonesia, Cina dan barat

Menu room service- makanan Itali dan dessert

Buffet breakfast

Makanan buffet yang disediakan juga banyak pilihannya. Antara yang tersedia adalah

  • Roti – dipadankan dengan mentega, kaya, jem
Pastries and local desserts at a hotel buffet
Pelbagai pastry dan kuih muih
  • Pelbagai pastry
  • Nasi lemak
  • Nasi goreng
  • Bubur nasi
  • Kuetiau goreng
  • Hashbrown, baked beans, roti telur , sosej
  • Egg station- omelet, telur goreng, scrambled egg
  • Roti canai dan kari vegetarian
  • Lempeng
  • Kuih pau
  • Cereal dan susu
  • Buah-buahan dan salad bar
  • Bread butter pudding dan bubur kacang
  • Makanan tempatan seperti nasi impit, lodeh dan kuah kacang
  • Americano, espresso, cappuccino
  • Teh
  • Jus jambu batu dan jus mangga
Buffet at hotel
Sajian buffet nasi lemak

Malaysian food which is nasi impit, kuah lodeh and kuah kacang
Nasi impit, lodeh dan kuah kacang

Mengapa perlu bercuti di sini

Jom kita lihat sebab-sebab mengapa perlu bercuti di sini

1. Bilik yang luas, lengkap dan selesa

Kami telah menempah Superior Room dengan harga RM298 termasuk sarapan. Bilik yang disediakan bersih dan sangat luas, lengkap dengan bath tub di dalam bilik air. Kemudahan lain turut tersedia seperti-

  • Bath robe
  • Selipar
  • Pengering rambut
  • Peti sejuk
  • Cerek dan kemudahan membuat kopi & teh
  • Peti besi
  • Tuala mandi yang tebal
  • TV flat screen
Massive hotel toilet with bath tu
Bilik air yang luas dengan bath tub

2 super single beds in hotel room
2 katil supersingle yang selesa

Toiletries set in a hotel room
Set toiletries yang lengkap dan wangi. Losyen yang diberikan bau serai ❤️

Working table amd chair inside hotel room
Terdapat meja dan kerusi bekerja

2. Kemudahan yang banyak dan lengkap di hotel

Jika tuan puan datang ke sini, terdapat pelbagai kemudahan dalam hotel sendiri yang tidak akan membosankan tuan puan. Kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti berikut:

  • Playground kanak-kanak
Children’s playground
Taman permainan kanak-kanak

  • Kolam renang yang luas
Swimming pool view from the balcony
Pemandangan kolam renang dari balkoni

  • Kemudahan berbasikal
Rental rate for bicycle at hotel
Harga sewaan basikal

  • Business centre
Business centre at a hotel
Ada komputer , printer dan peralatan lain untuk mereka yang perlu bekerja sambil bercuti

3. Pelbagai aktiviti di luar hotel

a. Aktiviti pantai

Berhadapan dengan hotel ini adalah pantai yang putih bersih dan terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti menaiki ATV, piknik atau pun mandi laut.

Ramai pengunjung mengunjungi pantai ini pada hari minggu.

b. Water park

Forest City Water Park

Tuan puan juga boleh mengunjungi Water Park yang hanya 3-4 minit berjalan kaki dari hotel. Sebahagian aktiviti di sini tidak memerlukan tiket namun beberapa aktiviti memerlukan tiket sebelum tuan puan boleh menyertai aktiviti tersebut.

Ticket price for water park
Harga tiket water park

Aktiviti di water park

Kolam renang di water park

Terdapat mini shopping mall dengan restoran seperti Marrybrown dan KK mart

4. Jarak yang dekat dengan bandar lain

Sekiranya tuan puan ingin mengunjungi bandar lain, kedudukan Forest City ini hanyalah 15-20 minit dengan bandar lain. Tuan puan boleh mengunjungi Iskandar Puteri (ada legoland).. atau pun Medini serta Educity. Terdapat banyak kedai-kedai seperti Coffee Beans, Pizza Hut dan lain-lain jika tuan puan ingin bersantai-santai makan makan sambil minum kopi bersama keluarga.

Kedai-kedai di Educity

5. Tawaran harga yang menarik

Pada ketika ini, Forest City Marina Hotel menawarkan pakej famili yang menarik seperti di bawah :

Terdapat juga pakej 3 Hari 2 malam dengan harga RM488 yang lebih menjimatkan untuk keluarga.

Secara keseluruhannya, famili kami sangat gembira bercuti di hotel ini. Insya Allah kami akan datang lagi. Sekiranya tuan puan berminat untuk membuat tempahan, bolehlah melawat laman sesawang hotel di link ini.

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.

Atas ↑