Pengalaman bercuti di Hotel Rosa Melaka

Adakah anda dan keluarga bercadang untuk berjalan-jalan atau melancong ke Melaka? Jika ya, anda boleh mencuba menginap di Hotel Rosa, Melaka.

Kelebihan Hotel Rosa, Melaka

Lokasi berdekatan dengan Bandar Melaka

Hotel 8 tingkat ini terletak di Jalan Parameswara dan sangat dekat dengan Bandar Melaka, iaitu hanya 10 minit berjalan kaki untuk pergi ke Mahkota Medical Center. Manakala sekiranya anda memandu kenderaan, tempoh perjalanan adalah 5 minit sahaja ke tempat pelancongan utama seperti Jonker Street. Ianya juga terletak di antara berdekatan dengan A Famosa. Anda juga boleh berjalan kaki ke Mahkota Parade. Kesimpulannya, hotel ini dekat saja dengan tempat-tempat menarik di Melaka tapi tidaklah sesibuk kawasan-kawasan lain berdekatan tarikan pelancong tersebut.

Hotel ini berhadapan dengan stesen petrol Shell dan kedai-kedai lama. Tiada gerai makanan berdekatan tetapi anda boleh mencuba makanan di restoran di hotel atau lebih mudah, memesan makanan melalui FoodPanda/ Grab.

Wall with many clocks
Ruangan menunggu Hotel Rosa

Kawasan parkir terbuka yang luas dan lapang

Kawasan parkir hotel terletak betul-betul di hadapan hotel. Ianya terbuka dan lapang. Bagi pemandu wanita seperti saya yang tidak sukakan parkir bertingkat yang tinggi atau berpusing-pusing, kawasan parkir sebegini sangat menyenangkan. Hotel Rosa menyediakan ruang berehat dengan sofa dan deco lampu-lampu lama untuk anda melepaskan penat (kerana mengangkat beg-beg) sebelum naik lif ke lobi di Tingkat 1.

Layanan staf yang baik

Ketika kami sampai, bellboy hotel terus menyapa kami dengan ramah dan menawarkan untuk mengangkat beg kami ke lobi di tingkat 1. Begitu juga , sepanjang penginapan kami selama 2 malam di hotel ini, kesemua staf-staf hotel sangat mesra dan mudah membantu.

Hiasan dalaman yang unik dan menarik

Hotel ini mempunyai hiasan yang agak unik. Ketika saya mula-mula sampai, saya menyangka bahawa bangunan ini diubahsuai daripada kilang lama. Terapi rupanya hotel ini direka dan dirancang dari awal untuk mempunyai industrial design sebagai interior design hospital ini.

Antique chandelier in industrial design hotel
Chandelier antik dan industrial design

Pasu bunga yang besar ini menyambut kedatangan anda ke Hotel Rosa. Bantal-bantal kecil dengan wajah Napoleon Bonaparte dan Josephine tersenyum – menjadikan suasana eropah begitu dirasai oleh tetamu yang berkunjung. Kaunter lobi turut menawarkan pelbagai barangan merchandise bagi pengunjung yang ingin membawa pulang ole-ole sebagai kenangan.

Gigantic vase
Pasu di lobi utama

Quaint check in counter
Lobi check in

Bilik yang luas dan lengkap

Terdapat 60 bilik di Hotel Rosa dengan 5 jenis pakej untuk anda pilih. Jika anda mempunyai anak-anak, Hotel Rosa turut menawarkan “Family Suite” di mana terdapat 4 katil dalam satu bilik yang besar , atau anda juga boleh memilih “Deluxe King” yang mempunyai pintu menyambungkan bilik utama dan bilik sebelah. Pada kunjungan kali ini, kami memilih Deluxe King.

Hotel room with industrial design
Bilik yang luas

Bilik ini terletak di hujung aisle. Katil King yang luas beserta sofa untuk tetamu berehat menonton televisyen.

Kabinet besi

Menarik sekali kerana terdapat dua sink dalam bilik air.

Saya sangat meminati hiasan dalam bilik yang ringkas tetapi cantik. Hotel ini banyak menggunakan besi-besi serta kayu yang digunakan semula untuk membangkitkan perasaan “unfinished look”. Hakikatnya, kesemua perabut dalam hotel ini ditempah khas termasuklah kerusi dan meja dalam bilik-bilik.

Cermin besar bersebelahan pintu masuk

Meja dan ruang bekerja

Hiasan di dinding menyenaraikan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong di Melaka. Jika anda tiada idea hendak berjalan ke mana, lihat saja frame berkenaan dan pilih saja yang mana berkenan!

Peralatan yang lengkap serta baru

Mungkin bagi kaum Adam, peralatan dalam bilik bukanlah sesuatu perkara yang pending namun bagi golongan wanita, pastinya perkara ini sangat dititikberatkan. Peralatan elektrik yang dibekalkan berjenama, serta mudah digunakan, contohnya pengering rambut Phillips yang mempunyai option sejuk (supaya tidak merosakkan rambut). Tentunya kita sebagai mak-mak yang banyak barang nak bawa, macam mana nak bawa hair dryer kesayangan. Jadi bila kita dapat tinggal hotel yang menyediakan hair-dryer begini – seronoknya tak terkata.

Hair dryer berjenama Phillips

Peralatan ini disimpan dalam laci-laci supaya tidak mengganggu pemandangan dalam bilik.

Seterika kecil

Terdapat juga seterika Phillips yang kecil beserta papan seterika mini (macam papan seterika Ikea) dalam laci di bilik.

Restoran yang tenang

Dekorasi restoran Bica&Co direka untuk memuatkan banyak pokok-pokok hijau. Restoran ini menyajikan makanan halal – menu tempatan serta Inggeris. Terdapat dua kawasan untuk menikmati juadah iaitu di dalam bangunan hotel dan juga di Courtyard. Kawasan di Courtyard ini berbumbung- jadi anda tidak perlu risau hujan ataupun cuaca yang panas.

Layout restoran

Makanan tea time (hidangan petang)

Pada hari kunjungan kami, kami mencuba hidangan petang di restoran tersebut. Kami telah memesan mixed flower tea serta waffle dan aiskrim serta steak.

Teh dihidangkan dalam teko kaca dan boleh refill. Manakala wafflenya besar dan aiskrimnya pun sedap. Lebih kurang macam waffle A&W juga.

Waffle

Teh berries

Makanan sarapan (breakfast)

Restoran ini dibuka seawal 7.30 pagi hingga 10 makam. Yang menariknya, hidangan di sini disediakan dalam portion-portion yang kecil. Jadi anda boleh makan pelbagai juadah tanpa merasa kenyang berlebihan.

Restoran Bica&Co

Susun atur yang kemas dan menenangkan

Nasi lemak dan mee goreng misalnya dihidangkan dalam bungkusan kertas seperti dijual di tepi jalan. Rasanya sama seperti jika kita beli daripada makcik makcik di kampung. Tetapi mereka juga menyediakan add on dishes yang lain seperti telur goreng, hash brown dan sosej.

Bagi mereka yang sukakan cereal, pelbagai cereal serta condiment seperti choc chip, kismis, chia seed disediakan. Malah ada juga biskut coklat chip dan biskut gula keras (yang biasa kita makan semasa kecil).

Nasi lemak tradisi

Makanan lain seperti bubur, mee udang, roti canai, kuih muih, yogurt, buah-buahan, roti bakar, jem-jem turut tersedia bagi tetamu yang suka makanan sebegini. Kami turut mencuba jenis air buah segar (tanpa gula) serta teh tarik, teh O dan kopi kampung melengkapi hidangan sarapan.

Pilihan cereal

Fasiliti lain di Hotel Rosa

Hotel ini turut mempunyai gimnasium kecil di tingkat atas bagi mereka yang gemar bersukan. Saya diberitahu kawasan rooftop juga sangat cantik dan sesuai untuk aktiviti seperti majlis pertunangan, get together rakan-rakan dan lain-lain.

Perkara yang boleh ditambah baik

Tambahan kawasan parkir

Walaupun terdapat kawasan parkir yang luas, pada pandangan kami masih tidaka mencukupi. Ini kerana pada ketika kami ingin checkout, banyak kenderaan yang parkir dan laluan agak sempit. Adalah lebih baik sekiranya kawasan parkir kereta dapat ditambah pada masa hadapan.

Tambahan swimming pool

Seperti biasa, kanak-kanak gemarkan air dan swimming pool. Bagi keluarga yang tidak berminat utk menjelajahi Bandar Melaka, mungkin anak-anak akan gembira jika ada swimming pool di hotel ini.

Tambahan mini convenient store

Oleh kerana tiada kedai runcit seperti 7-11, Family Mart yang berdekatan (dalam jarak yang boleh berjalan) , mungkin pihak hotel boleh menyediakan convenient store – boleh beli kacang-kacang, air kotak , plaster dan lain-lain.

Pelan masa depan Hotel Rosa

Saya pernah terbaca sesi temuramah pemilik hotel ini BS Kumar dan isterinya, Shazana Jalil dan sangat tertarik dengan sejarah hotel ini. Walaupun hanya dibuka pada tahun 2017, mereka sebenarnya mengambil masa 2 tahun setengah bagi merancang dan menyediakan design bagi hotel ini. Seterusnya, mereka sendiri yang menempah perabut-perabut dalam hotel berkenaan bagi memastikan tema dalam hotel selari dengan tema yang ingin diketengahkan kelak.

Dalam sesi temuramah tersebut, beliau ada menyebut bahawa fasa kedua hotel ini akan melibatkan tambahan 50 katil dan satu kolam renang. Manakala dalam fasa ketiga pula, sebanyak 40 katil lagi akan ditambah menjadikan 150 katil kesemuanya. Wah, nampaknya Hotel Rosa akan menjadi lebih lengkap dan lebih besar lagi pada masa akan datang.

Harga bilik

Harga bilik bergantung kepada pakej yang anda pilih : antara RM180-320.

Hubungi Hotel Rosa
Anda boleh hubungi-
Contact: (06) 2819888rosa.com.my

Klik sini untuk melihat gambar-gambar Hotel Rosa Melaka. Jumpa anda di sana!

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.

Atas ↑